Thursday, June 30, 2011

Walau Sementara....Masih Gembirakah Aku??

saat kau hadir dlm hidupku....bukanlah satu yg kupinta dan kuduga...dengan takdirNYA terciptalah p'temuan diantara kita....tutur katamu walaupun tanpa bicara....hanya alam maya menjadi perantara...
saat perkenalan itu,kau berikan aku harapan...disaat itu juga kau beriku layanan...meskipun sementara...akan tetap ku hargai jua akhirnya...kemana kau menghilangkan dirimu....ketika aku masih perlukan dirimu....ketika aku mendambakan layanan mesra darimu....kau tetap pergi jua....tanpa ku sedari
hadirmu dalam hidupku ini amat bererti
jgn tinggalkan diri ini sepi....
aku tetap kan terus menanti...
buatmu insan yg telah mengmbil hatiku ini...
dan membiarkan diri ini trus terpinga2,terus mencari
bayangan sepi....
doaku....kau akan kembali.....

                                                                   nukilan;ZATIE,,,

Thursday, June 23, 2011

Alhamdulillah, malam ini saya berjaya memaksa diri saya untuk menulis sedikit untuk iluvislam walaupun pelbagai kerja lain perlu dibuat dalam usaha memajukan iluvislam. Saya yakin jika kita menulis dengan baik, ia mampu membantu manusia lain untuk berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih dekat dengan Islam dan Allah.
Hujung minggu lepas, semasa saya memberikan ceramah motivasi selama 2 hari kepada mahasiswa-mahasiswi Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS), Vice President (VP) Event & Training iluvislam.com Wan Mohd Firdaus Wan Yusof memperkenalkan saya dengan sebuah lagu yang menarik. Apabila saya dengar kembali lagu tersebut malam ini, ia sangat menusuk kalbu saya.
Memimpin dan menguruskan hampir 10 orang staf sepenuh masa dan lebih 300 sukarelawan seluruh dunia pastinya penuh dengan cabaran. Namun saya melihat ia sebagai peluang untuk terus memajukan diri dan organisasi.
Alhamdulillah,syukur sebab tak semua orang dapat peluang ini.
Kerja kuat sebagai pemimpin dan pengurus pastinya memerlukan kekuatan dalaman yang sangat tinggi. Saya percaya kekuatan itu hanya dapat diperoleh apabila saya rapat dengan Allah. Jika saya jauh dengan Allah, sukar bagi saya untuk mendapatkan momentum yang besar.
Sebagai seorang peminat muzik terutamanya nasyid, lagu Rabithah nyanyian Izzatul Islam yang diperkenalkan oleh Wan ini sungguh 'inspiring'. Lagu ini mendidik diri saya bahawa saya hanyalah seorang hamba Allah yang lemah dan sentiasa perlukan bimbingan dan pertolongan Allah.
Ia juga mengingatkan saya bahawa iluvislam bukan sahaja sebuah laman web, usaha dakwah, peluang perniagaan dan menguruskan event - tetapi ia lebih daripada itu. Ia adalah sebuahperjuangan. Ya, sebuah perjuangan menyatupadukan umat Islam dan mengajak ummah untuk lebih mengenali Islam, sayang Islam, kenal Allah, dekat dengan Allah dan cintai Allah. Saya dan krew iluvislam bersatu dan berjuang untuk itu.
Jauh dalam lubuk hati saya, jika Allah takdirkan saya mati dalam usaha memajukan iluvislam, saya harap sangat Allah kira mati saya sebagai mati syahid di jalan-Nya.
Saya dan krew-krew iluvislam perlu usaha keras lagi kerana syurga impian kita bukanlah untuk orang-orang biasa. Tempat yang indah, luar biasa hebat dan mewah di dunia sana pastinya hanya layak untuk mereka yang cemerlang membuat persiapan dan menyediakan modal untuk akhirat. Marilah kita sama-sama berusaha!
Semoga perjuangan ini dapat diteruskan oleh anak-anak saya dan anak-anak kalian semua. Yakinlah Islam akan kembali gemilang - dengan izin Allah. Persoalannya, apakah sumbangan kita ke arah itu? Mulakanlah langkah jika hanya masih melihat dari jauh.
Semoga lagu ini mampu menaikkan semangat jihad semua, insyaAllah.
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

HARGA SELEMBAR JALAN

Tatkala ku punya peluang untuk meraih kegemilangan di jalan yang lebih lapang ,
Aku memilih jalan yang lebih terhalang ,
Bukan mudah untuk menjadi yang terbilang ..
Ya Tuhan , jangan biarkan diriku seorang ,
Memimpin diriku yang serba kurang ,
Aku insan yang perlukan ruang ,
Agar dapat bernafas di balik bayang..
Ku tahu ku masih punyai peluang ,
Jangan biarkan ku berfikiran songsang ,
Jangan biarkanku lemas dengan penyakit yang menyerang ,
Tatkala ku cuba menggapai impian yang dirancang ,
Moga Kau mempermudahkan ku merentasi palang ,
Agar berbaloi harga selembar jalan yang ku bilang ,
altSirnalah malang ,
Hadirlah terang ,
Agar ku tak gugur di medan perang ,
Agar ku tampil sebagai pejuang ,
Agar ku tampil sebagai pemenang

KITA BERSAHABAT SELAMANYA

Agama Islam adalah agama universal.
Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman.
Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman.
Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.
Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.
Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.
Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.
Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.
Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.
Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.
Alhamdulillah, krew penerbitan MARS (Majalah Remaja Sempoi) sukacitanya ingin mempersembahkan kepada sabahat-sahabat sekalian isu terbaru yang memperkatakan tentang topik persahabatan.
Semoga usaha kecil kami ini memberikan manfaat kepada anda semua dan mengamalkan di dalam kehidupan kita sekalian.

Berakhirnya Sebuah Pertemuan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berakhirnya Sebuah Pertemuan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, June 18, 2011

DAKAPAN CINTA ILAHI ♥♥♥
♥ Aku bukanlah terbaik,
Bukanlah yang terhebat,
Bukanlah sebaik manusia,
Untuk memberi kebahagiaan,
Untuk memenuhi harapan,
Memimpin tangan ke syurga Ilahi.
UntukMu yang teristimewa,
Aku sekerdil manusia,
Yang lemah jiwa lemah tenaga,
Merawat lara yang terasuk sekian lama,
Lara cinta dunia yang hanyut,
Lalu mencari jalan pulang,
Ke pintu kasih yang sebenar,
Ke dakapan cintaNya....Allah yang Maha Pengasih & Penyayang... ♥ ^^