Sunday, July 31, 2011

Ya,Allah betapa aku sgt m'merlukanMU,,,
muliakanlah aku dikala aku hina,,,
ubatilah hatiku dikala sakit bermaksiat pdMU,,,
kuatkanlah aku dikala lemah tidak berdaya,,,
motivasikanku dikala timbul kemalasan untuk beramal,,,
ikhlaskanlah niatku dikala mahu melihat org,,,
sedarkanlahku dikala lalai terbuai tipu daya dunia,,,
terangkanlah aku dengan keimanan dikala awan gelap 
kemaksiatan mula menyelebungiku,,,




Ya,Allah sungguh perlunya aku padaMU,,,
maka kuatkanlah ikatan kami,,,
agar tidak seperti layang2 yg terputus talinya...Ameen.





Saturday, July 30, 2011

Saturday, July 30, 2011


Puisi Dalam Lagu ~ hanya untukmu ukhtiku =)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Assalamualaikum. akak, hari nie anis nak tunaikan permintaan akak. anis tak berapa pandai sangat dalam mencipta cipta puisi+sajak+syair+pantun ataw seangkatan dengan nya. tapi anis cuba juga demi akak. sejak akak minta anis cipta satu puisi untuk akak tuh, tak pernah lah lekang pensil di tangan nie. huhu. otak sentiasa ligat mencari idea. anis harap akak suka.



Dear Ukhti………
apa khabar imanmu hari ini?
semoga selalu menampakkah kemajuan di sisi Allah S.W.T..
apa khabar hatimu hari ini?
semoga selalu bersih dari debu juga kelabu...
apa khabar cintamu hari ini?
semoga selalu berpeluh rindu pada-Nya…
ukhti.............
ini antara aku dan kamu ukhtiku
walaupun kita dipertemukan lewat didunia maya
aku sangat tahu kamu memerhatikanku
dan sentiasa ingin dekat bersamaku
meskipun tanpa keseriusan dalam setiap kata-katamu
tetapi maknanya sangat bererti bagiku
ukhti............
kamu sentiasa ada bersamaku bagi mewarnai setiap hari-hariku
bahkan aku tahu kamu sentiasa berdoa untukku
untuk yang terbaik dalam hidupku....
semoga kita akan selalu bersama
walaupun kita dipisahkan oleh jarak
namun aku tetap ditemani dengan madah-madahmu yang sentisa buat aku tersenyum
aku tahu kita sama-sama berjuang dengan waktu
dan berharap agar harapan kita akan terwujud
semoga kita menjadi mujahidah-mujahidah yang diredhai Allah...
Amin...........

HASIL NUKILAN:ASYURA HANIS=)

Thursday, July 7, 2011

Silih Ganti Rasa


TUHAN..
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangMU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMU
ingatkan daku
agar mengingatMU

TUHAN...
BicaraMU tanpa suara
BelaianMU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua...

didalam kembara ini, ada masa nya kita terasa semua tempat pengantungan seolah2 di cantas. talian bumi ke bumi telah putus. tiada tmpat merayu, tiada sesiapa utk di adu. di samping ALLAH tahu siapa kita, kita sendiri tidak dapat mendustai diri sendiri ketika itulah hati kecil berbicara, menghenyak ego "hati besar" yg selama ini bermaharajalela.

dan ALLHAMDULILLAH...... kita tidak letih utk terus merintih. kita tidak jemu utk terus merayu. dan pada satu saat yg paling sunyi........hati kita seolah2 di bisikkan bahwa ALLAH itu dekat dan lambaian NYA mesti dibalas. pada ketika itulah kita berasa sudah lebur seluruh tadbir. hati dilentur NYA agar pasrah pada takdir.
saya teringat kata2 profesor Hamka, "pada waktu segala jalan hubungan dibumi ditutup org, hubungan ke langit lapang terluang".

lalu diatas kesedaran itulah saya berkongsi prakata ini daripada seorang penulis yang cukup saya kagumi. dia menulis hasil mengalami merasai dan belajar daripada pengalaman daripada satu daerah yang paling unik dan asing di satu daerah dimana jarum waktu seolah2 di perlahankan dan jiwa seolah2 terputus daripada dunia luar. anda juga telah dan pernah menghuni daerah itu bukan???? dimana???? di hati sendiri!!!!!!

percayalah............................ sesuatu yg hitam di luar, tidak semestinya hitam juga didalam. tegasnya, manusia mempunyai kuasa untuk memilih respon sendiri hasil komunikasi dalaman mereka dengan illahi. itulah yg cuba beliau zahirkan dalam setiap tulisannya. tujuannya agar bicara kalbu dan nur di hati anda juga berdetak dalam gelombang dan frekuansi yg sama. disinilah ajaibnya org mukmin dalam sukar ada sabar, dalam senang ada syurkur. sabar dan syukur itulah bahagia.

hakikatnya saya, anda, dan kita semua masih terus mencari. mencari ketenangan di tengah amukan resah dan gelisah yg ditakdirkan ada di sepanjang perjalanan hidup. ilmu umpama tali yg menarik kuda ke dalam air, tetapi ia tidak dpt memaksa kuda meminum air. kita hanya boleh memberi tangga untuk memanjat nya dan terpulanglah kepada diri masing2.

utk itu, tadbirlah hati kita utk menerima takdir dengan memaksanya menerima hakikat bahawa apa sahaja yg terjadi pasti ada hikmahnya..............