Wednesday, December 28, 2011

ketahuilah duhai saudaraku Kaum ADAM...

ketika seorang wanita "TAKUT JATUH CINTA"...
bukan krn dia tak perlukan CINTA atau menolak di anugerahkan cinta....

akan tetapi krn dia blm sedia mengHALALkannya,

dia takut rasa yg Fitrah itu menjadi FITNAH kelak..

disebabkan CINTA yg tak terkendali yg cuma menggoyahkan 'prinsip'nya dalam memegang teguh Syariat ISLAM.....

membuatnya MENGABAIKAN larangan-larangan-NYA...

Kalau ada Cinta...
biarlah mengalir dengan diam...
kelak juga akan berlabuh pada dermaga Jodoh...InsyaAllah...
Apabila kita terjatuh cinta...atau tersuka seseorang...
Di saat kita cuba untuk mengawal perasaan tu...
Kita nak menjaga syariat-Nya ..
Kita tak nak Fitrah bertukar menjadi Fitnah...

kemudian Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan...
hati kita ...perasaan kita..

Bersangka baiklah pada-Nya...
mungkin Dia nak kita perbaiki diri kita...
menjadi wanita yang lebih solehah.....
supaya kita lebih bersedia untuk menjadi seorang isteri dan ibu..
mungkin Dia nak kita menjadi Hamba-Nya yang lebih baik dan beriman...
dan tanpa kita sedar Cinta kita yang berlandaskan Syariat-Nya itulah yang terindah...
Cinta yang jauh dari murka-Nya...tapi dekat dengan Rahmat-Nya....
dan di akhir nanti...
Dia kurniakan Barakah dalam Cintamu...

>Cinta manusia yang tunjangnya bukan Cinta Agung iaitu Cinta Kepada ALLAH swt, Rasulnya , dan Jihad di jalan-Nya...akan jatuh kepada Cinta Yang Hina<

~Kalau nak bercinta biar sampai ke Syurga~
Cintailah Ilahi..♥